SELEPAS pelbagai laporan tidak rasmi yang muncul sebelum ini, Sony dan Naughty Dog akhirnya mengumumkan secara rasmi 'remake' untuk permainan video asal The Last of Us yang pertama kali dilancarkan pada 2013.
Menggunakan format judul yang sama dengan The Last of Us Part II, game remake ini berjudul The Last of Us Part I.
Berikut perbandingan antara grafik game asal di PS3 dengan remake yang bakal hadir untuk PS5. — Agensi
The Last of Us Part I akan dilancarkan pada 2 September 2022, eksklusif untuk Playstation 5 (PS5).
Mereka turut mengumumkan yang permainan ini sedang dibangunkan untuk PC, namun masih belum ada tarikh pelancaran rasmi.
Seperti kebanyakan permainan video PS5 yang lain, permainan ini akan hadir dengan 3D Audio, haptics feedback, dan adaptive triggers, serta penambahan lebih banyak fungsi-fungsi accessibility.
Memandangkan Neil Druckmann sibuk dengan projek siri televisyen The Last of Us bersama HBO, kerusi pengarah untuk The Last of Us Part I telah diberikan kepada Matthew Gallant, manakala Shaun Escayg pula sebagai pengarah kreatif.
Terdapat dua edisi yang diumumkan iaitu edisi pertama ialah The Last of Us Part I Standard Edition yang berharga RM299.
Permainan ini hadir dengan 3D Audio, haptics feedback, dan adaptive triggers, serta penambahan lebih banyak fungsi-fungsi accessibility. — Agensi
Edisi kedua pula ialah The Last of Us Part I The Digital Deluxe berharga RM339, dan pembeli akan mendapat item-item berikut:
- Increased Crafting Speed Skill
- Increased Healing Speed Skill
- 9mm Reload Speed Increase Upgrade
- Rifle Clip Capacity Increase Upgrade
- Explosive Arrows Gameplay Modifier
- Dither Punk Filter
- Speedrun Mode
- Six Weapon Skins: Black Gold 9mm Pistol, Silver Filigree 9mm Pistol, Rubber Tactical Shotgun, Sculpted Oak Shotgun, Arctic White Bow, Carbon Black Bow
Manakala bagi pembeli yang membuat pra-tempah pada mana-mana edisi, mereka akan mendapat item-item berikut:
- Bonus Supplements to upgrade your skillset
- Bonus Weapon Parts to upgrade your arsenal
Sony dan Naughty Dog turut mendedahkan game multiplayer The Last of Us yang berasingan juga sedang dalam perancangan mereka. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram