DIABLO Immortal baru sahaja dilancarkan beberapa hari lalu, dan kini game game MMOARPG percuma terbaharu daripada Blizzard itu telah menerima kecaman yang teruk gamers.
Di laman Metacritic, para peminat yang kecewa telah mengundi laman Diablo Immortal dengan memberikan markah yang paling rendah.
Ketika ini, markah yang dicatat di laman itu adalah 0.5 per 100.
Sebab utama mengapa permainan ini menerima kecaman begitu teruk adalah langkah Blizzard dalam membawakan elemen “pay-to-win” ke dalam francais kesukaan ramai ini.
Peminat yang kecewa telah mengundi laman Diablo Immortal dengan memberikan markah yang paling rendah. — Agensi
Menurut analisis yang dibuat Bellular News, mana-mana pemain tidak akan dapat mencapai ke level maksimum dalam game ini tanpa berbelanja dengan wang sebenar kerana loot dengan tier tertinggi hanya boleh didapati dengan membeli Legendary Gems.
Analisis ini mendapati bahawa untuk mencapai ke level paling tinggi dalam game ini, pemain perlu berbelanja sehingga USD110,000 (RM483,000).
Lebih menyakitkan lagi, Legendary Gems tidak boleh dibeli secara terus walaupun menggunakan wang sebenar, sebaliknya hanya boleh didapati dalam Legendary Crests, iaitu loot box yang memberikan pemain item secara rawak (random).
Ada juga kajian di Reddit mendapati, satu stat sahaja dalam game ini memerlukan belanja sebanyak USD50,000 (RM219,000) untuk memperolehnya.
Legendary Gems tidak boleh dibeli secara terus walaupun menggunakan wang sebenar, sebaliknya hanya boleh didapati dalam Legendary Crests. — Agensi
Menurut VGC, disebabkan unsur perjudian dalam loot box ini, Diablo Immortal sudah pun diharamkan di Belgium dan Belanda. Seperti ramai sedia maklum, kedua-dua negara ini amat agresif dalam membendung isu perjudian dalam game.
Diablo Immortal kini dilancarkan di beberapa negara untuk PC dan mobile. Namun, game ini masih belum dilancarkan di Asia Tenggara termasuk Malaysia. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram