Kurang berlari punca negara Asia gagal julang Piala Dunia? Pakar jelas 2 penyebabnya


  • Podium
  • Sabtu, 04 Jun 2022

Segelintir penyokong mengkritik pemain Malaysia yang hanya berjogging atas padang ketika perlawanan.

SATU kajian akademik yang diterbitkan di jurnal antarabangsa membuktikan pemain bola sepak dari negara Eropah lebih berjaya di persada dunia seperti kejohanan Piala Dunia berbanding pasukan dari Asia adalah kerana cara permainan mereka.

Jurnal tersebut menyentuh mengenai tahap larian pemain dari negara Asia adalah jauh berbeza dengan barisan pasukan di Eropah ketika bermain ataupun ketika sebuah perlawanan sedang berlangsung.

"Satu kajian akademik yang diterbitkan di jurnal antarabangsa menunjukkan pemain bola sepak di Asia ni tahap larian mereka ketika bermain sangat rendah berbanding dengan pemain-pemain dari negara Eropah.

"Pemain Asia ni lagi suka berjalan dan jogging sedangkan pemain Eropah lagi suka berlari hampir sepanjang masa. Dari sini pun kita sudah tahu kenapa negara Asia ini tidak pernah lagi juara Piala Dunia," kata peminat tempatan, Trio Auz yang memetik pada jurnal tersebut.

Mengulas mengenai kebenaran kajian yang dikemukakan oleh jurnal berkenaan, Prof. Madya Dr. Hashbullah Ismail berkata, berkemungkinan data tersebut adalah benar iaitu tahap larian pemain Eropah lebih tinggi berbanding orang Asia.

Menurutnya, apabila seseorang buat kajian berdasarkan performance analytics, sebuah pasukan akan dilihat oleh beberapa petunjuk dan antaranya dari segi kekerapan menendang bola, kekerapan berlari dan sebagainya.

"Salah satu petunjuk analisis itu ialah samada seorang pemain itu suka berlari ataupun berjalan. Jadi kalau ikut kajian dia sebut performance indicator kurang berlari maka betullah itu sebab itu hasil kajian.

"Tapi nak cakap tepat tidak boleh kerana kajian sebegitu perlu dilakukan berapa kali. Kajian itu tidak boleh ditolak kerana pernah ada data. Jika ada 10 kajian dan 8 daripadanya mengatakan pemain dari Korea dan Jepun mereka berlari biasa, tapi dua cakap tidak. Jadi kita perlu ambil yang majoriti," katanya kepada Majoriti.

song

Peledak berbisa Tottenham Hotspur, Heung-min menganggap anugerah kasut emas saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2021/22 yang dimenangi bersama-sama Mohamed Salah adalah hasil sokongan kuat yang diberikan rakan sepasukannya.

Namun tidak dinafikan, ada pemain Asia yang berjaya di persada antarabangsa antaranya ialah bintang Korea Selatan, Son Heung-min yang memenangi anugerah kasut emas saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2021/22.

Menurutnya, seseorang pemain itu kurang berlari adalah berkemungkinan kerana atas faktor tidak mempunyai motivasi ataupun semangat ketika perlawanan dan tahap kecergasan yang rendah.

Malah, beliau turut menyentuh mengenai sikap segelintir penyokong yang menyatakan pemain Asia tidak sehebat pemain Eropah adalah kerana saiz badan adalah kurang tepat.

"Berkenaan isu mengenai saiz badan seperti tidak cukup tinggi penyebab kekalahan adalah kurang tepat kerana faktor kejayaan pasukan bukan hanya bergantung kepada perkara itu. Saiz mungkin membantu tetapi bukan keseluruhan," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram