Pertahanan West Ham didenda kerja amal 180 jam akibat lempang kucing


  • Podium
  • Khamis, 02 Jun 2022

Kurt Zouma diarah melakukan kerja amal selama 180 jam dan dilarang memelihara kucing selama lima tahun. — Agensi

KURT Zouma diarahkan untuk melakukan kerja amal selama 180 jam selepas didapati bersalah kerana menendang dan menampar kucingnya.

Pertahanan West Ham itu turut dilarang untuk memelihara kucing selama lima tahun.

Dia dilihat menendang dan menampar kucingnya dalam satu video yang tersebar luas di laman-laman sosial pada awal Februari lalu sehingga mendapat perhatian Persatuan Diraja untuk Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan (RSCPA) United Kingdom.

Pemain kebangsaan Perancis itu dijatuhkan hukuman berkenaan pada Rabu selepas menghadiri sesi perbicaraan di Mahkamah Majistret Thames minggu lalu.

Dia didapati bersalah atas dua pertuduhan melakukan tindakan tidak sepatutnya yang mengundang kesengsaraan terhadap haiwan peliharaan.

Dua kucing milik Zouma itu telah diambil dan diletakkan di bawah jagaan RSCPA sejak Mac lalu dan pengurus West Ham, David Moyes, turut mengkritik tindakan kejam berkenaan selain kelab itu juga telah mengenakan denda maksimum terhadap pertahanan itu, yang dilaporkan bernilai £250,000 (RM1.3 juta). — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

West Ham, Kurt Zouma, buli kucing, kerja amal,