Nik Sharif tak jadi singgah Pahang, terus lajak ke Ganu


  • Podium
  • Isnin, 30 Mei 2022

Nik Sharif Haseefy hari ini dikhabarkan akan menyertai pasukan Terengganu FC setelah dikaitkan dengan beberapa pasukan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M). — Facebook

PEMAIN muda yang sedang meningkat naik, Nik Sharif Haseefy hari ini dikhabarkan akan menyertai pasukan Terengganu FC setelah dikaitkan dengan beberapa pasukan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

Perpindahan pemain sayap, Nik Sharif dari Pahang ke Selangor pada tahun lepas sepatutnya menjadi satu anjakan paradigma buat karier pemain berusia 25 tahun ini.

Malangnya, pemain yang diumumkan menyertai skuad Red Giants pada Disember tahun lalu, hanya merekodkan lapan penampilan bersama Selangor apabila dia mengalami kecederaan buku lali ketika sesi latihan pramusim pada Mac tahun lalu.

Baru sahaja pulih dari kecederaan buku lali, Nik Sharif kini banyak menghabiskan masa bersama pasukan Selangor 2 dalam saingan Liga Premier bagi mendapatkan semula rentak permainannya.

Pihak pengurusan Selangor telah membuat keputusan untuk meminjamkan pemain kelahiran Pahang ini ke pasukan lain untuk dia terus mendapatkan minit permainan dan keyakinan dirinya semula.

Hampir beberapa minggu dikaitkan dengan pasukan Sri Pahang dan Melaka United, akhirnya Nik Sharif telah memilih untuk menyertai pasukan Terengganu pada jendela perpindahan kedua musim 2022 ini.

WhatsApp Image 2022-05-30 at 4.03.04 PM

Nik Sharif telah memilih untuk menyertai pasukan Terengganu pada jendela perpindahan kedua musim 2022 ini. Twitter

Perkara ini dikongsikan oleh ejen pemain tersebut, Joe Berbatov, melalui sebuah video berserta kapsyen "ke Timur lah kite" di Twitter pada Isnin.

Kali terakhir Nik Sharif beraksi dalam aksi kompetitif bersama skuad utama Selangor ialah ketika Piala Malaysia musim lepas, dan selepas itu dia banyak diletakkan bersama pasukan simpanan Selangor 2.

Penghujung musim 2020, pemain muda ini antara yang mencuri tumpuan para peminat bola sepak tempatan apabila menjaringkan tiga gol dan merekodkan dua hantaran bantuan dalam tiga perlawanan terakhir Liga Super. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram