Ini senarai negara halang kemasukan Ustaz Abdul Somad


  • Benua
  • Rabu, 18 Mei 2022

Ada beberapa negara yang telah menghalang kemasukan UAS disebabkan beberapa alasan.

NAMA pendakwah Indonesia, Ustaz Abdul Somad menjadi sebutan dihantar pulang dari Singapura oleh pihak Imigresen negara republik itu pada Selasa.

Malah, Ustaz Abdul Somad juga mendedahkan yang dia diletakkan di ruang yang sempit seperti penjara sebelum dihantar pulang.

Pendakwah itu juga mengakui yang dia pergi ke Singapura bersama keluarga untuk melancong pada Isnin sebelum ditahan pihak berkuasa di sana.

Namun, Duta Besar Indonesia di Singapura, Suryopratomo menjelaskan yang Ustaz Abdul Somad memang dilarang masuk ke Singapura berdasarkan undang-undang di negara itu.

Ini bukan kali pertama Ustaz Abdul Somad dihalang masuk ke sesebuah negara. Berikut antara negara yang menghalang pendakwah itu masuk.

Timor Leste

Pada 2018, UAS hadir ke Timor Leste untuk untuk berdakwah namun dikatakan terlibat dengan aktiviti keganasan.

Difahamkan, UAS juga didakwa dihalau keluar Timor Leste kerana didakwa mempengaruhi seorang daripada calon Pilihanraya Presiden negara itu.

Hong Kong

Sama seperti di Timor Leste, UAS disekat daripada masuk ke negara itu kerana dikatakan terlibat dengan aktiviti keganasan.

UAS menjelaskan kehadirannya di negara itu adalah untuk berdakwah dan Konsulat Jeneral Hong Kong di Indonesia turut mempersoalkan tindakan negara itu.

Belanda

UAS ditolak daripada memasuki Belanda selepas cuba masuk ke negara itu melalui Switzerland.

Pendakwah itu dikatakan memiliki pasport yang tidak membenarkannya untuk masuk ke benua Eropah. UAS kemudian telah dihantar pulang ke Thailand. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram