'Harga yang terpaksa Penang FC bayar'


  • Podium
  • Rabu, 18 Mei 2022

AKSI Penang FC menentang skuad Sang Badak di Stadium Bandaraya, pada Selasa. — Facebook

SABAH FC mendaki tangga kedua Liga Super selepas membenam Penang FC 4-2 di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada Selasa.

Kekalahan skuad Harimau Kumbang di laman sendiri ternyata mengecewakan penyokong lebih-lebih lagi skuad kendalian jurulatih baharu, Manzoor Azwira Abdul Wahid itu gagal meraih kemenangan pertama dalam Liga Super 2022.

Seorang penyokong, Md Azrie merasakan Manzoor Azwira membawa perubahan kepada Penang selepas Tomas Trucha meninggalkan kelab itu pada 30 April lalu, namun perubahan itu tidak cukup untuk menutup kelemahan sedia ada dalam pasukan.

"Too many silly mistakes and we allowed zillions of soft and simple goals. Harga yang perlu kita bayar apabila kita membawa masuk pemain-pemain yang tiada kualiti, pemain-pemain yang disingkirkan dan pemain-pemain dari pasukan yang relegated (liga bawah).

"Harung saja baki perlawanan sebaik mungkin walaupun team lemah di segala posisi. Perubahan tu memang ada di bawah didikan Manzoor Azwira, namun kelemahan ketara di bahagian pertahanan ditambah kita tidak mempunyai penyerang prolifik dan holding midfielder yang baik," katanya di ruang komen Facebook Penang Football Club.

WhatsApp Image 2022-05-18 at 1.15.10 AM

WhatsApp Image 2022-05-18 at 1.15.10 AM (1)

Komen penyokong terhadap permainan antara Sabah FC dan Penang FC pada Selasa. — Facebook

Muhamad Fazil pula merasakan satu perubahan perlu dilakukan Manzoor Azwira dalam kesebelasan utama pemain.

"Banyak perubahan coach, terbaik...Sabah sekarang bukan yang dulu...ada dua gol tu kira hebat kot.

"First 11 kena adjust balik coach, macam Faizat Ghazli (pemain tengah) tu supersub dulu...tengah kena tengok balik.

"Hilal El-Helwe (pemain import yang bermain di posisi tengah) tak berfungsi, sebab tu golden head tak fungsi. Sheriddin Boboyev (bekas pemain Penang FC) dulu okay sikit.

"Kalau Casagrande tak buat gol, Penang macam main 10 orang la....rugi, rugi. Petaling Jaya (PJ City FC) dan Terengganu FC akan jadi dua kemenangan Penang yang ditunggu...Insya-ALLAH," katanya.

Anas Ahmad turut memuji Manzoor Azwira di atas perubahan yang dilakukan hingga corak permainan skuad Penang FC menunjukkan peningkatan.

"Gameplay dah improve atas idea-idea coach Manzoor Azwira. Cuma transfer window nanti scout pemain yang lebih bagus," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram