Kalah kepada Kuching City satu rahmat buat Perlis United


  • Podium
  • Rabu, 18 Mei 2022

Perlis United ialah sebuah kelab amatur Malaysia berpusat di Tambun Tulang, Perlis yang diwakili oleh pemain veteran Azmizi Azmi. — Facebook

KEGAGALAN mara ke pusingan suku akhir Piala FA, setelah tewas kepada Kuching City FC 3-0 di laman sendiri pada Selasa tidak mematahkan semangat Perlis United FC untuk memperbaiki kedudukannya dalam saingan Liga M3.

Ketua jurulatihnya Azizul Abidin berkata, kalah menang adalah adat perlawanan dan skuad bimbingannya itu akan terus memberi fokus kepada saingan Liga M3.

"Bila kami tewas dalam saingan Piala FA, ia seperti memberi satu rahmat juga kerana pasukan ini boleh fokus kepada Liga M3.

"Pemain kini boleh membuat persediaan sepenuhnya untuk Liga M3 dan kami nak cari kedudukan empat teratas di peringkat kumpulan," katanya kepada Bernama selepas pertemuan Piala FA 2022 menentang Kuching City FC di Stadium Tuanku Syed Putra Selasa malam.

Screenshot_2022-05-18 (1) Facebook(1)

Kedudukan 10 pasukan Liga M3 dalam kumpulan B selepas 7 perlawanan. — Facebook

Perlis United FC kini menduduki tangga keenam Kumpulan B Liga M3 dengan hanya mengumpul dua mata selepas mengharungi tujuh perlawanan.

Sementara itu ketua jurulatih Kuching City FC Irfan Bakti Abu Salim berkata beliau sentiasa mengingatkan anak buahnya untuk memberikan persembahan terbaik dan tidak mengambil mudah percaturan pasukan lawan.

Screenshot_2022-05-18 2022 Jadi Tahun Terakhir Irfan Bakti Bergelar ‘Coach’ Bola Sepak

Kuching City FC kini menduduki tempat keempat selepas mengharungi lima perlawanan dalam saingan liga perdana musim ini — Facebook

"Alhamdulillah kami layak ke peringkat suku akhir Piala FA dan ini merupakan satu perkembangan positif," katanya.

Dengan kemenangan Selasa malam, Kuching City FC kini menyertai lima lagi pasukan lain iaitu Johor Darul Ta'zim, Sri Pahang FC, Penang FC, Melaka United dan Sabah FC yang layak melangkah ke suku akhir Piala FA 2022. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram