PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp tidak mengagumi dengan taktik Antonio Conte selepas Liverpool terikat 1-1 dengan Tottenham pada perlawanan awal pagi Ahad.
The Reds bergelut dalam penguasaan bola apabila menentang kelab London yang enggan bermain corak terbuka, sekali gus menyebabkan mereka kehilangan dua mata dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Susulan gol pembukaan Son Heung-min, Liverpool memerlukan sedikit tuah untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-74, dengan percubaan Luis Diaz dari jarak jauh terkena Rodrigo Bentancur sebelum menembusi gawang Spurs.
Liverpool mendahului carta liga dengan perbezaan gol, tetapi Manchester City boleh kembali memintas dengan kelebihan tiga mata jika menewaskan Newcastle United pada Ahad dan Klopp mengkritik pendekatan Spurs di Anfield.
“Saya memohon maaf, saya tidak suka bola sepak sebegini. Tetapi itu masalah peribadi saya. Saya fikir mereka bertaraf dunia, dan saya fikir mereka harus melakukan lebih baik lagi untuk permainan ini.
"Saya berasakan perlawanan menentang Liverpool, mereka (pihak lawan) mempunyai penguasaan 36, 38 peratus, tetapi ini masalah saya.
"Saya menghormati semua yang mereka lakukan, tetapi saya tidak boleh menampilkan corak permainan yang sama,” katanya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram