Apakah Stadium Sultan Ibrahim bakal bergegar lagi, tuan rumah 3 peringkat aksi Zon Timur ACL 2022


  • Podium
  • Jumaat, 06 Mei 2022

JDT mempunyai stadium dan fasiliti yang berkelas dunia untuk penganjuran ACL 2022 di Zon Timur.

JOHOR Darul Ta'zim (JDT) difahamkan akan melobi sebagai tuan rumah kalah mati 16 terbaik, suku akhir dan separuh akhir Zon Timur, Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2022.

Perkara ini dikatakan bakal dlakukan pasukan itu sebagaimana format penganjuran perlawanan itu yang dilakukan pada musim lepas.

Dijelaskan menerusi satu hantaran di akaun Facebook, Informasi Bola Sepak Terkini, bagi penganjuran perlawanan kalah mati pusingan 16, suku akhir dan separuh akhir Liga ACL 2022, sebuah negara akan dipilih sebagai lokasi perlawanan mengikut zon.

"Zon Barat diadakan di nnegara Timur Tengah terpilih, manakala Zon Timur pula diadakan di negara bahagian itu.

"Format ini bukanlah baharu, tetapi ia adalah sebagaimana format musim lepas dan sudah pasti JDT turut melobi sebagai tuan rumah," demikian catatan hantaran itu.

Tambahnya lagi, dengan fasiliti berkelas dunia yang dimiliki di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor, JDT boleh menjadi lokasi terbaik pusingan kalah mati 16 pasukan di Zon Timur ACL 2022.

Selain itu, hantaran berkenaan turut memberitahu, untuk perlawanan seterusnya bagi setiap pusingan di Zon Timur Liga ACL 2022 akan berlangsung sama seperti musim lalu iaitu pada bulan Ogos (18 dan 19 Ogos 2022).

Terdahulu, JDT layak ke pusingan kalah mati dalam saingan ACL buat pertama kali selepas menewaskan gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai 2-1 di Iskandar Puteri, Johor.

Menerusi kemenangan terhadap Ulsan Hyundai, JDT berjaya bergelar juara Kumpulan I dengan mengumpul 13 mata sekali gus mengesahkan slot ke pusingan seterusnya.

Menerusi kumpulan itu, JDT sebenarnya bukanlah pasukan pilihan apatah lagi bersama dengan dua kelab gergasi Asia iaitu Kawasaki Frontale dan Ulsan Hyundai.

Kawasaki Frontale merupakan juara empat kali Liga 1 Jepun (JI) dalam tempoh lima tahun manakala Ulsan Hyundai pula adalah juara ACL 2022 dan mempunyai rekod tanpa kalah setakat ini dalam Liga 1 Korea (K1 League). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram