Aksi hatrik curi perhatian, Wak Am patut jadi kesebelasan utama Sabah FC


  • Podium
  • Selasa, 26 Apr 2022

Aksi Amri Yahyah selepas menjaringkan tiga gol ketika menentang KDA FC pada Ahad lalu.

DILETAKKAN sebagai pemain kesebelasan utama dalam perlawanan menentang Kedah Darul Aman (KDA FC) pada Ahad lalu, ternyata Amri Yahyah tidak mensia-siakan peluang yang diberi.

Malah, di usia 41 tahun, Amri yang beraksi di posisi serangan untuk pasukan Sabah FC nampak begitu menonjol dengan tiga jaringan gol dalam perlawanan yang diadakan di Stadium Likas, Sabah.

Malah, menerusi tiga gol itu, Amri kini berjaya meletakkan dirinya di tangga ke lima dalam senarai penjaring terbanyak.

278936172_7280820935323682_8120773297568869973_n

Amri Yahyah kini berada di tangga ke lima senarai penjaring gol terbanyak.

Melihat kepada prestasi Amri yang juga dikenali dengan nama Wak Am, ramai penyokong yang mahukan pemain itu berada dalam kesebelasan utama skuad Sabah FC.

Warganet, Mon Ong Secrett berkata, sejak Wak Am diturunkan untuk bermain pada Piala FA, boleh nampak yang pemain itu patut diturunkan sebagai kesebelasan utama dalam perlawanan liga super.

Penyokong Selangor FC, Aziz Suradi juga menyatakan pendapat sama supaya Wak Am dijadikan kesebelasan utama buat Sabah FC.

"Kalau dia kerap dapat peluang bermain, tak mustahil dia boleh jaringkan lebih banyak gol. Tiga gol yang dijaringkan semua berkualiti," kata Iwan Luck.

"Bagi dia main untuk perlawanan seterusnya, boleh jadi calon penjaring terbanyak untuk pemain tempatan," kata Casper Jeff.

Setakat ini, daripada tujuh nama penjaring gol terbanyak, hanya Amri dan Darren Lok sahaja yang pemain tempatan yang tersenarai.

Lima lagi penjaring terbanyak merupakan pemain import iaitu Bergson Da Silva (JDT), Caion (Selangor), Herold Goulon (Negeri Sembilan), Fernando Forestieri (JDT) dan Ronald Ngah (Kedah). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram