Faidh Ranch tambah kuota lembu korban


  • Bizz
  • Isnin, 25 Apr 2022

Harga perkhidmatan Faidh Ranch masih boleh dirunding serta fleksibel bagi memenuhi keperluan pelanggan. — Facebook/Faidh Ranch

SYARIKAT penyedia khidmat ibadah korban, Faidh Ranch Agro Ventures (Faidh Ranch) memaklumkan bahawa mereka meningkatkan kuota lembu berbanding kambing dan biri-biri bagi memenuhi permintaan ibadah korban untuk 2022.

Menurut pengurusnya, Zainal Azhar Mohamed, penambahan itu dilakukan selepas melihat trend permintaan yang memberangsangan untuk lembu, selain peningkatan tempahan daripada badan bukan kerajaan (NGO) juga persendirian.

"Kita mengajak lebih ramai lagi umat Islam supaya menjadikan Faidh Ranch sebagai sebahagian daripada pengalaman korban mereka kerana kami menyediakan pelbagai perkhdmatan bukan sahaja membekalkan haiwan korban tetapi juga penyembelihan, lapah, potong empat, pembungkusan daging dan juga penghantaran.

"Harganya juga amat perpatutan mengikut harga ternakan dan perkhidmatan yang diperlukan, ia (harga) juga masih boleh dirunding serta fleksibel bagi memenuhi keperluan pelanggan," katanya kepada Majoriti.

Tambahnya lagi, harga bagi korban lembu bermula daripada RM4,700, manakala buat kambing dan biri-biri pula bermula serendah RM900 seekor.

Katanya lagi, buat masa ini pihaknya sudah mempunyai 500 stok lembu yang mana jumlah itu akan bertambah dari masa ke masa.

Jelasnya menerusi komitmen untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik, pihaknya juga memastikan bahawa kualiti dan kesihatan ternakan terjaga di semua ladang ternakan syarikat.

"Kita ada ternakan di Kedah dan Selangor, setakat ini semua ternakan dijamin kualitinya, malah kita juga menjalankan proses penggemukan bagi memastikan ternakan sihat dan sedia untuk korban.

"Selain persediaan korban untuk Aidiladha, kita juga menerima tempahan buat majlis akikah, bagi yang berminat boleh hubungi kami di 012-502 0705," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram