Tiga faktor Bujang Senang kalah Borneo Derby


  • Podium
  • Isnin, 11 Apr 2022

SUFC akan bertemu Terengganu FC pada perlawanan seterusnya yang dijadualkan 17 April ini.

SARAWAK United FC (SUFC) tidak dapat memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri apabila kalah 0-1 menentang Sabah FC di Stadium Negeri Kuching pada perlawanan keempat saingan Liga Super Malaysia 2022.

Perlawanan pada Ahad malam itu menyaksikan aksi Borneo Derby ​​​​​​​menjadi milik skuad The Rhinos menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Baddrol Bakhtiar pada minit ke-80 permainan.

Jaringan tunggal itu memastikan Sabah mengutip tiga mata penuh, sekali gus melonjak ke tangga kedua liga dengan sembilan mata selepas mencatat tiga kemenangan berturut-turut.

Tetapi buat Sarawak, skuad Bujang Senang itu masih mencari kemenangan pertama pada musim ini selepas hanya mengutip satu mata dalam empat perlawanan terdahulu dan kini menghuni tangga kedua tercorot liga.

Kekecewaan terus sahaja dilontarkan oleh para penyokong Sarawak United di medium media sosial dan rata-ratanya merasakan permainan yang cukup hambar ditampilkan oleh pasukan itu.

sarawak netz

Tangkap layar komen-komen dari penyokong SUFC.

"Permainan yang betul-betul hambar. 5 game, 4 kalah, 1 nasib dapat seri. Belum lagi ada game yang betul-betul nampak usaha dan mendapat kemenangan dari SUFC..Harap-haraplah semua game yang sudah mampu mengubah corak permainan SUFC yang akan datang," kata pengguna Faceboook, Norherudy RudyGtak.

Kredibiliti Sathianathan

Sebilangan penyokong mula menyalahkan jurulatih SUFC, B. Sathianathan yang dikatakan seperti jurulatih tiada pengalaman dalam menguruskan pasukan itu.

"B. Sathianathan (perlu) digugurkan sebab Sarawak tiada menang.. Ambil pemain tiada kualiti. Macam tiada pengalaman jadi jurulatih," kata Muhamad Edwin.

"Dah agak dah....nasib baik tidak kena belasah...Dengan Sathianathan jurulatih SU, jangan haraplah ada keajaiban," pengguna Dond Ladon yang turut menyuarakan pendapat yang sama dengan Muhamad Edwin.

Press conference by Football Coaches Association of Malaysia B.Sathianathan.SAMUEL ONG / THE STAR, 20TH MAY 2015.

Penyokong SUFC mula hilang sabar dengan kualiti kejurulatihan Sathianathan.

Pengguna Facebook, John Lihan pula memberi amaran kepada Sathianathan supaya lebih bijak memilih pemain untuk bermain di posisi penyerang.

"Coach Sathia tidak ada strikers killers..semua penyerang bermain ala kadar..cuma Nur dan Lee bermain agresif dan cergas. Semua pemain import lemah dan longlai. Macam mana nak score goal..Kone bukan penyerang constant dan fokus..patut di rehatkan..Amaran untuk Coach Sathia," kata John Lihan.

Penyerang tumpul

Malah, tidak kurang juga ada yang berpendapat mutu pemain di barisan penyerang kurang memberangsangkan dan nama Francis Kone dipetik oleh penyokong SUFC sehinggakan #Koneout memenuhi ruangan komen.

kone

Kone terus dikritik penyokong Sarawak United. — SUFC

"Posisi lain dah ok. cuma penyerang ya tumpul gila. Dah boleh tukar Kone ya. bagus lagi Sandro," kata Colin Aja.

"Rekod Sarawak lawan Sabah memang dari dulu, kalah saja. Ditambah lagi penyerang SUFC si Kone tidak ada guna langsung.. 'Kone Out'," kata, Habiam Teng.

Kualiti pengadilan

Dalam pada itu, ramai juga yang tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan yang mana penyokong SUFC merasakan pengadil perlawanan berkenaan seakan lebih memihak pada Sabah FC

"Apa-apa memang ada rasa hampa dengan mutu pengadilan. MFL boleh mempertimbang untuk 'mengimport' pengadil dari AFC sekira situasi ini berterusan. Tidak teliti dan ambik ringan situasi atas padang," komen Awang Khairul Adzhar.

"Pengadil Malaysia selalu buat hal..lesen main beli saja ke dari dulu. Tidak ada perubahan langsung mutu pengadilan," kata Jamier James Edie Kitah.

Selepas ini, SUFC akan bertemu Terengganu FC pada perlawanan seterusnya yang dijadualkan 17 April ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram