TERLEPAS dua aksi dalam Liga Super, pemain import Kedah Darul Aman (KDA) FC, Marc Vales percaya yang setiap pemain akan diberi peluang untuk beraksi.
Menurut Vales, dia merasakan berlakunya persaingan sihat di dalam skuad Sang Kenari dan yakin bahawa jurulatih, Aidil Sharin Sahak akan membuka ruang kepada semua pemain untuk membuktikan kemampuan pemain.
"Saya sebenarnya sudah tidak sabar untuk beraksi bersama pasukan dalam saingan liga.
"Saya berharap supaya dapat beraksi pada perlawanan ketiga dalam liga menentang Sri Pahang FC di Stadium Darul Aman pada 6 April depan.
"Kalau tidak dapat beraksi untuk pada April depan, saya harap dapat turun bersama pasukan untuk menentang Selangor FC," katanya yang sebelum ini mengalami kecederaan lutut.
Pemain kelahiran Les Escaldes, Andorra ini berpengalaman luas di pentas antarabangsa dengan beraksi di beberapa negara antaranya di Sepanyol, Finland, Norway dan negaranya Andorra.
Gonzales mempunyai 78 kap penampilan bersama skuad kebangsaan Andorra selain berpengalaman beraksi di Liga Sepanyol bersama skuad belia Real Madrid pada 2015 dan skuad kedua Ibiza pada 2009. — Sinar Harian
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram