CEO TFC dedah sebab Tomislav dilantik Pengarah Teknikal Kelab


  • Podium
  • Khamis, 03 Mac 2022

TOMISLAV bukan nama asing dalam kalangan peminat bola sepak tanah air kerana pernah menjadi Ketua Jurulatih T-Team FC pada 2015.

TEKA-TEKI mengenai siapa Pengarah Teknikal Kelab Bola Sepak Terengganu (TFC) akhirnya terjawab apabila bekas Ketua Jurulatih T-Team, Tomislav Steinbruckner dilantik menjawat jawatan itu.

Ia sekali gus mengesahkan desas-desus yang berlegar dalam kalangan pemerhati dan peminat bola sepak tempatan sebelum ini.

Ketua Pegawai Eksekutif TFC Sdn Bhd, Ab Rasid Jusoh berkata, pelantikan bekas jurulatih kelahiran Crotia itu dibuat atas faktor pengalaman luas yang dimiliki beliau dalam arena kejurulatihan bola sepak di peringkat antarabangsa.

"Tomislav bukan nama asing dalam kalangan peminat bola sepak tanah air kerana pernah menjadi Ketua Jurulatih T-Team FC pada 2015.

"Kehadiran semula beliau ke bumi Terengganu diharap dapat meningkat serta memantapkan kualiti pasukan dari peringkat akar umbi," menurutnya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau juga berkata, Tomislav, 55, bakal menggalas tugas besar dengan menerajui semua struktur pasukan di bawah kelab itu termasuk TFC ll, TFC lll dan TFC lV menggantikan Abdul Rahman Ibrahim yang juga bekas ketua jurulatih pasukan kebangsaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram