BOLA sepak merupakan medan buat bekas pemain import pasukan Sri Pahang, Kenjok "Kenny" Athiu untuk menyesuaikan diri selepas berpindah ke Australia.
Berasal dari Sudan Selatan, Athiu memberitahu, awalnya dia tidak tahu bagaimana untuk menyesuaikan diri di negara yang sangat jauh berbeza daripada tempat kelahirannya.
Athiu meninggalkan negaranya pada usia 11 tahun yang mana ketika itu Sudan sedang bergolak ekoran perang saudara.
Sebagai anak kecil di tanah asing, pemain berusia 29 tahun itu memberitahu dia sudah bermain bola sepak sejak berumur enam tahun.
"Suka bola sepak merupakan aktiviti yang membawa saya keluar daripada kesulitan dalam kehidupan seharian.
"Tidak semuanya indah, dunia saya ketika itu dikelilingi landskap masalah sosial, umpamanya setiap hari akan ada orang mencuri atau hanya mensia-siakan hidup mereka," katanya.
Tambahnya bola sepak membantu dia untuk kekal fokus daripada terjebak dalam kancah sosial yang sentiasa mengelilingi kehidupannya.
Athiu merupakan seorang pemain yang mempunyai portfolio yang memberangsangkan dalam arena bola sepak.
Tambahan pula, semasa bermain dalam beberapa kelab di Australia, Athiu menjadi perhatian peminat bola sepak yang kagum dengan kebolehannya di atas padang.
Ketika bersama kelab Heidelberg United, dia merupakan antara pemain yang merekod banyak jaringan pada 2016 iaitu 17 gol dalam 22 penampilan.
Pencapaian itu tidak akan berlaku tanpa keyakinan yang tinggi Athiu dalam sukan bola sepak.
Jelasnya, bagi mana-mana penyerang muda, keyakinan diri adalah penting.
"Saya tidak pernah meragui kemampuan saya.
“Saya datang Australia untuk berlatih dengan pemain dan, jelas sekali, terdapat ramai pemain yang bagus, tetapi saya yakin boleh berdiri setaraf dengan mereka dan sentiasa berusaha ke arah itu," ujarnya yang pernah bercita-cita untuk bermain dalam kelab Arsenal. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram