
POLIS diberi lebih masa untuk menahan Mason Greenwood bagi menyiasat dakwaan kes rogol yang dihadapi bintang muda Manchester United itu.
Pemain berusia 20 tahun itu ditahan pada Ahad selepas didakwa melakukan perbuatan itu terhadap kekasihnya, Harriet Robson yang mendedahkan kelakuan Greenwood di media sosial.
Polis Manchester dalam satu kenyataan berkata, pemain penyerang itu ditahan untuk siasatan lanjut.
Terdahulu, Manchester United berkata, Greenwood tidak akan kembali berlatih atau menyertai perlawanan sehingga diberitahu.
"Detektif diberi masa lebih lama untuk menjalankan siasatan kes rogol dan serangan seksual.
"Siasatan masih berjalan dan mangsa diberikan sokongan khas," kata polis.
Sementara itu, Nike dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menggantung tajaan kepada Greenwood.
"Kami kesal dengan dakwaan tersebut dan memantau rapi perkembangan kes itu."
Setakat ini, Greenwood tidak mengeluarkan sebarang kenyataan bagi menjawab tuduhan tersebut. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram