Pukul kekasih, karier Greenwood bakal berakhir?


  • Podium
  • Ahad, 30 Jan 2022

MASA depan Greendwood kini semakin samar. — AP

PENYERANG muda Manchester United, Mason Greenwood sudah boleh mula berkira-kira untuk melupakan karier bola sepaknya apabila dikaitkan dengan insiden keganasan wanita.

Pemain berusia 20 tahun itu didakwa mendera dan memukul kekasihnya, Harriet Robson yang memuat naik gambar kecederaan yang dialami menerusi laman sosialnya.

Selain gambar, Robson turut menyiarkan rakaman suara Greenwood yang mengugut untuk menyerangnya.

Antara kecederaan yang dialami model berusia 22 tahun itu termasuk luka di bahagian mulut, lebam di lengan dan kaki.

Manchester United dalam satu kenyataan berkata perkara itu masih disiasat dan tidak menolak kemungkinan karier Greenwood akan berakhir jika didapati melakukan perkara tersebut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram