Rating pemain Man United ketika berdepan Aston Villa, ketahui siapa paling tercorot


  • Podium
  • Selasa, 11 Jan 2022

TERDAPAT bintang Man United yang mempamerkan aksi bawah par meskipun mara ke pusingan keempat Piala FA sebaik menewaskan Aston Villa di Old Trafford awal pagi tadi. — Agensi

KEMENANGAN tipis Manchester United 1-0 yang kurang meyakinkan ke atas Aston Villa di Old Trafford dalam aksi pusingan ketiga Piala FA awal pagi Selasa sedikit sebanyak menggusarkan penyokong The Red Devils. Berikut ialah penilaian pemain Man United dalam pertemuan tersebut seperti mana yang dinilai portal The Peoples Person.

David de Gea (7) – Berdepan tekanan lebih daripada sepatutnya serta menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya lawan.

Diogo Dalot (7) – Bukan persembahan yang sempurna dari bek kelahiran Portugal itu, namun masih dianggap berjaya mempamerkan persembahan memberangsangkan untuk keseluruhan permainan.

Victor Lindelof (3) – Kesilapan pada separuh masa pertama hampir menyebabkan Man United melepaskan satu gol. Lebih banyak kesilapan pada babak kedua... sememangnya prestasi buruk daripada pemain Sweden itu.

Raphael Varane (6) – Beberapa aksi bergaya dan pemintasan yang menarik, tetapi dilihat sedikit teragak-agak. Adil untuk mengatakan dia masih menyesuaikan diri dalam corak permainan Liga Perdana Inggeris.

Luke Shaw (6) - Melakukan beberapa perkara yang baik dalam aspek bertahan, namun ada juga beberapa tindakan yang buruk terutamanya ketika membantu serangan.

Scott McTominay (8.5) – Satu lagi persembahan hebat daripada McTominay selepas beberapa perlawanan terdahulu. Berjaya menterjemah taktikal dengan baik. Nampaknya dia benar-benar 'hidup' di bawah pimpinan Ralf Rangnick. Memang layak menjadi pemain terbaik perlawanan.

Fred (5.5) – Kadar kerja yang menakjubkan dan bantuan pada gol, tetapi hantarannya belum cukup baik.

Mason Greenwood (6) - Beberapa usaha yang sangat baik tetapi kadang-kadang terlalu tamak.

Bruno Fernandes (6.5) – Tidak banyak impak yang diberikan Bruno dalam aksi itu, tetapi dia masih berjaya mencipta beberapa peluang dan bekerja keras.

Edinson Cavani (8) – Persembahan hebat dan tidak mementingkan diri daripada Cavani. Memang layak mendapat 'tabik spring' daripada peminat fanatik The Red Devils.

Marcus Rashford (1) – Hakikatnya, ia memang prestasi pemain sayap yang kurang baik terutamanya apabila menyarung jersi Man United. Bahasa badannya juga mengecewakan. Apa sebenarnya yang berlaku kepada Rashford? Dia benar-benar beraksi di bawah par dalam pertemuan itu.

Pemain gantian:

Donny van de Beek (6.5) – Kelihatan tenang, namun penguasaan kawalan bola boleh diperkemaskan lagi.

Jesse Lingard (6) – Satu persembahan pada skala okay sahaja, harus mencuba lebih bersungguh-sungguh selepas ini.

Anthony Elanga (7) – Kepantasan yang menakjubkan, cuma sayangnya gagal mencetak sebarang gol. Prospek yang mengujakan dan menjanjikan sesuatu buat Man United. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram