Teong Kim cabar pemilik JDT


  • Podium
  • Khamis, 27 Jan 2022

TEONG Kim dilaporkan mencabar semula TMJ yang mempersoalkan kredibiliti beliau sebagai jurulatih. — The Star

BEKAS Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara, Lim Teong Kim kembali membidas komen Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim yang beranggapan beliau tidak mempunyai kelayakan yang cukup untuk dilantik sebagai ketua jurulatih skuad Harimau Malaya.

Dalam satu komen di laman Instagram, Teong Kim berkata, apa yang dilontarkan oleh TMJ itu adalah tidak benar dan mempersoal kredibilitinya sebagai jurulatih.

komen LTK

TANGKAP layar komen Teong Kim di Instagram

"Maaf Tunku, apa yang kamu kata tidak benar. Tunku mempersoalkan kredibiliti dan kebolehan saya sebagai jurulatih. Saya cabar Tunku untuk bagi saya satu pasukan untuk saya latih," katanya.

Pada Khamis, dalam siaran langsung yang disiarkan oleh Astro Arena, Tunku Ismail mengatakan permintaan gaji Teong Kim yang hanya berpengalaman melatih skuad pembangunan adalah tidak munasabah yang meminta sehingga 70 hingga 80 ribu Euro (RM330,000 - RM380,000) sebulan dan tidak sesuai dengan kebolehannya.

Dalam pada itu, Teong Kim ketika dihubungi Majoriti mengesahkan komennya itu.

Walaupun Teong Kim mengesahkan komennya itu, Majoriti hanya menemukan komen 'Sorry Tunku, apa yang kamu katakan tidak benar' dalam ruangan Instagram comrademalaya.co.

Teong Kim turut memberi beberapa komen lain termasuk bertanyakan kepada TMJ sama ada pemilik JDT itu membayar pemain import dengan nilai RM20-30 sahaja.

"Masalah bola sepak bukan saya, FAM. Ingat.," katanya dalam satu lagi komen. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram