FAM terima rayuan KL City FC


  • Podium
  • Rabu, 26 Jan 2022

FAM membuat keputusan menghadiahkan kemenangan 5-0 kepada Selangor TOT dan Selangor MAC ekoran 14 pemain skuad KL City FC dijangkiti Covid-19. — Facebook

JAWATANKUASA Rayuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat keputusan untuk menerima bantahan dikemukakan oleh Kuala Lumpur City FC (KL City FC).

Perkara itu diputuskan selepas satu mesyuarat diadakan dalam kalangan jawatankuasa pada Isnin malam.

KL City FC merupakan pasukan yang beraksi dalam saingan Cuckoo Malaysia Premier Futsal League (MPFL) 2022.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Mohd Saifuddin Abu Bakar berkata, perlawanan semula membabitkan KL City FC bertemu Selangor TOT United dan Selangor MAC akan diadakan.

Mohd Saifuddin juga menambah, pihak sekretariat akan menetapkan tarikh baharu bagi kedua-dua perlawanan tersebut dalam masa terdekat.

Terdahulu, FAM membuat keputusan menghadiahkan kemenangan 5-0 kepada Selangor TOT dan Selangor MAC ekoran 14 pemain skuad KL City FC dijangkiti Covid-19.

Keputusan itu selaras dengan peruntukan Perkara 6 (6-1) (6-1-1) iaitu keputusan perlawanan yang tidak dapat diteruskan seperti yang terkandung dalam Peraturan Tambahan Penganjuran Pertandingan 2022. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram