Saya baca semua kritikan — Hamidin


  • Podium
  • Jumaat, 21 Jan 2022

MOHD Hamidin menerima semua kritika membina yang dilontarkan terhadapnya. — Bernama

KEGAGALAN skuad bola sepak kebangsaan di pentas Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura pada Disember tahun lalu mencetuskan kemarahan dalam kalangan para peminat tempatan.

Kebanyakan para penyokong mendesak agar pengurusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bertanggungjawab atas kegagalan berkenaan dan bukan meletakkan 'beban' tersebut terhadap bekas ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe semata-mata.

Individu yang kerap 'diserang' adalah Presiden FAM, Datuk Mohd Hamidin Amin.

Tambil menjelaskan pendiriannya, Mohd Hamidin mahu semua pihak memberikannya masa dan bertekad akan memastikan Harimau Malaya 'mengaum' kembali.

"Saya baru tiga tahun pegang jawatan ini dan dua tahun sebelum ini, negara dilanda Covid-19.

"Saya tahu banyak warganet dan penyokong mendesak saya meletakkan jawatan. Ini lumrah warganet tapi mereka ada pendapat mereka dan saya ada pendapat saya.

"Untuk pengetahuan semua, saya baca semua kritikan tersebut terutamanya yang membina namun kritikan bersifat 'serangan peribadi' saya abaikan.

"Saya pun baru mendapat mandat tahun ini, ada banyak perkara yang perlu dibuat seperti fokus kepada kelayakan Piala Asia pada Jun kelak dan Piala Suzuki AFF akan datang," katanya ketika sidang media selepas Mesyuarat Khas Pertama Jawatankuasa Eksekutif FAM di Wisma FAM di Kelana Jaya, Selangor pada Jumaat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram