JDT terima 'hadiah' dari kelab China


  • Podium
  • Jumaat, 21 Jan 2022

BOLA yang dihantar oleh Guanzhou FC kepada JDT.

PENYANDANG juara Liga Super, Johor Darul Takzim (JDT) menerima 'hadiah' berupa sebiji bola daripada pencabar mereka di pentas Liga Juara-Juara Asia, Guangzhou FC.

Pemberian itu umpama satu perang psikologi buat kelab selatan tanah air itu sebelum sepak mula kejohanan tersebut yang akan bermula pada April.

Bola tersebut ditandatangani oleh barisan pemain bintang mereka dengan tertera logo kelab berkenaan.

JDT diundi dalam Kumpulan I bersama juara lapan kali Liga China itu, selain Juara Liga Jepun, Kawasaki Frontale dan pemenang perlawanan 'play-off' antara wakil Korea Selatan, Ulsan Hyundai dan Port FC dari Thailand.

Harimau Selatan sebelum ini pernah diundi bersama Guangzhou Evergrande dalam edisi 2020, namun terpaksa menarik diri gara-gara sekatan Covid-19 oleh kerajaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram