Saya sedia bersemuka dengan FAM demi kebaikan bola sepak — Teong Kim


  • Podium
  • Khamis, 20 Jan 2022

Sebelum ini, Majoriti menyiarkan artikel tentang kritikan Teong Kim terhadap FAM susulan kegagalan Harimau Malaya di pentas Piala AFF Suzuki 2020. — The Star

LIM Teong Kim sedia untuk mengadakan perbincangan secara terbuka dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) demi kebaikan bola sepak negara.

Bercakap kepada Majoriti, Teong Kim berkata, perbincangan ini adalah bagi menjelaskan tentang kritikannya sebelum ini bahawa FAM 'membunuh' bola sepak negara.

"Saya ingin membantu bola sepak Malaysia. Tiada isu peribadi. Ini demi kebaikan semua.

"Saya sedia berbincang secara terbuka dengan FAM jika diberi peluang dan eloklah ia diadakan secara umum," katanya.

Teong Kim juga bersetuju jika Majoriti menjadi platform untuk kedua-dua pihak mengadakan perbincangan itu.

Sebelum ini, Majoriti menyiarkan artikel tentang kritikan Teong Kim terhadap FAM susulan kegagalan Harimau Malaya di pentas Piala AFF Suzuki 2020.

Bagaimanapun, FAM mengeluarkan tuntutan kepada Majoriti agar artikel itu dipadamkan dan membuat permohonan maaf secara terbuka.

FAM juga mengeluarkan penjelasan bagi menjawab setiap kritikan yang dilemparkan Teong Kim.

Majoriti telah menghubungi FAM dan dijangka memberi maklum balas berhubung perkara ini esok (Jumaat). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram