Demi Liverpool, Salah tolak tawaran 'kontrak pecah rekod'


  • Podium
  • Jumaat, 14 Jan 2022

LAPORAN kini mendakwa bahawa satu kejayaan telah dibuat oleh Liverpool dan Salah telah menandatangani perjanjian baharu. — Reuters

KONTRAK Mohamed Salah yang akan tamat selepas musim depan masih menjadi tanda tanya peminat Liverpool sama ada dia akan kekal ataupun meninggalkan pasukan itu.

Beberapa laporan mendakwa bahawa Salah meminta kontrak hampir atau sekitar £400,000 (RM2.3 juta) seminggu yang akan menyaksikan dia memperoleh pendapatan terbanyak seperti pemain tengah Manchester City, Kevin De Bruyne.

Penyokong The Reds kini boleh menarik nafas lega apabila beberapa laporan menyebut pemain kelahiran Mesir itu akhirnya bersetuju untuk kekal di Anfield dan telah menandatangani perjanjian baharu.

Laporan juga menyebut kelab itu sedang menunggu masa yang sesuai untuk mengumumkan khabar gembira tersebut

Terdahulu, Salah dilaporkan menolak tawaran 'kontrak pecah rekod' daripada kelab gergasi Perancis, PSG demi untuk kekal di Liverpool.

Bagaimanapun, butiran tawaran PSG kepada Salah tidak didedahkan.

Tindakan Liverpool dan Fenway Sports Group (FSG) menunggu masa sesuai membuat pengumuman kontrak baharu Salah dipercayai sebagai strategi untuk melegakan penyokong seandainya tiada pembelian pemain baharu dibuat dalam tempoh perpindahan Januari ini.

The Reds berminat mendapatkan khidmat beberapa pemain bintang seperti Toni Kroos, Ousmane Dembele, Denis Zakaria dan Luis Diaz tetapi tiada pembelian dibuat setakat ini. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Salah, kontrak, Liverpool