PENYERANG Liverpool, Mohamed Salah berkata tuntutan kontraknya bukanlah 'gila' dan masa depannya untuk terus bersama Anfield bukan dalam tangannya, sebaliknya pihak pengurusan akan tentukan perjanjian baharu itu.
Pemain berusia 29 tahun itu merupakan penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris (EPL) musim kini dengan 16 gol yang mana mempunyai kontrak bersama Liverpool sehingga Jun 2023.
Salah menegaskan dia mahu kekal bersama Liverpool tetapi dia masih belum menerima tawaran sesuai dengan sumbangannya sejak dia menyertai pasukan itu dari AS Roma pada 2017.
Sepanjang Salah di Liverpool, dia telah membantu pasukan itu memenangi Liga Juara-Juara dan EPL.
“Saya mahu kekal, tetapi ia bukan di tangan saya. Ia di tangan mereka. Mereka tahu apa yang saya mahu. Saya tidak meminta perkara gila,” kata Salah kepada agensi.
“Perkaranya ialah apabila anda meminta sesuatu dan mereka sepatutnya memberi sesuatu kerana atas penghargaan apa yang anda lakukan untuk kelab.
"Saya telah berada di Liverpool untuk tahun kelima saya sekarang. Saya sangat mengenali kelab itu. Saya suka peminat. Peminat menyayangi saya. Tetapi dengan pentadbiran, mereka apa yang saya inginkan. Keputusan di tangan mereka," kata Salah.
Salah kini berada bersama skuad Mesir bagi menyertai kejohanan Piala Negara-Negara Afrika yang menyaksikan pasukan negaranya menentang Nigeria dalam aksi pembukaan Kumpulan D.
Liverpool akan menentang Arsenal dalam separuh akhir Piala Liga pada Khamis dan Brentford dalam saingan EPL pada Ahad. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram