Bekas bintang Real Madrid pelengkap import kelab elit utara tanah air


  • Podium
  • Selasa, 11 Jan 2022

MARC Vales dikatakan bakal menjadi pemain import terakhir bersama Kedah.

PEMINAT Kedah Darul Aman FC (KDA FC) nampaknya sudah boleh menjangkakan aksi yang terbaik di liga musim apabila kelab itu dikhabarkan akan melengkapkan kuota pemain import tidak lama lagi.

Menerusi bajet sebanyak RM22 juta yang diumumkan sebelum ini, KDA FC sudah melaburkan duit menerusi pengambilan dua pemain impot iaitu Ronald Ngah dari Cameroon dan Deniis Buchening (Jerman).

Terbaharu, pemain dari Andorra, Marc Vales pula dikhabarkan akan menyertai skuad helang merah itu dan bakal beraksi di bahagian pertahanan.

Untuk rekod, Vales, 31, merupakan pemain pertahanan skuad kebangsaan Andorra dan sekarang beraksi bersama kelab di liga Norway, Sandefjord Fotbal.

Jika KDA FC akan mengambil pemain ini, maka lengkaplah kuota pemain import pasukan itu.

Selain beraksi di liga Norway, Vales sebelum ini pernah beraksi di liga Sepanyol menerusi skuad belia Real Madrid pada 2015 dan skuad kedua Ibiza pada 2009.

Vales juga pernah membantu pasukannya memenangi piala liga sewaktu bersama SJK Seinajoki di Finland pada 2016. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram