MENDUDUKI tangga ke 10 daripada 12 pasukan yang bersaing dalam Liga Super 2021, pasukan Sri Pahang FC nampaknya perlu melakukan sesuatu untuk mendapatkan hati penyokongnya semula.
Malah, dengan tajaan yang bernilai RM1.13 juta dan Dollah Salleh sebagai jurulatih baharu pasukan itu, sudah tentu peminat akan mengharapkan sesuatu yang lebih baik.
Daripada tujuh nama yang dikhabarkan bakal menyertai Sri Pahang FC, tiga daripadanya sudah sah menyertai skuad itu untuk menghadapi liga musim depan.
Empat nama yang sah beraksi untuk Sri Pahang adalah Fandi Othman, Sean Gianelli, Faizal Arif dan David Rowley.
Nama lain seperti Azwan Aripin dan Wan Mohd. Syazmin belum lagi tersenarai dalam skuad tersebut.
Untuk rekod, Gianelli adalah pemain paling muda yang dipilih bersama Sri Pahang iaitu 25 tahun.
Gianelli yang berdarah kacukan Malaysia-Itali sebelum ini merupakan lepasan Akademi Johor Darul Takzim (JDT IV) dan menyertai KL City pada musim 2020 sebelum dipinjamkan ke Uitm FC pada 2021.
Bekas pemain Kedah, Fandi yang sebelum ini pernah beraksi untuk skuad Harimau Muda A juga sah akan bermain untuk Sri Pahang.
Kehadiran Fandi sekali gus mengisi kekosongan di posisi pertahanan kiri yang ditinggalkan oleh Fazly Mazlan dan Faisal Rosli.
Selain itu, seorang lagi pemain Uitm FC yang juga kapten skuad tersebut iaitu Muhammad Faizal Mohd. Arif juga menyertai Sri Pahang.
Difahamkan, kepimpinan Faizal dalam skuad lamanya membuatkan Sri Pahang tertarik untuk mengambil pemain muda berusia 26 tahun itu.
Turut ditawarkan bersama Sri Pahang adalah David Rowley yang sebelum ini merupakan tonggak utama skuad Penang FC.
Untuk rekod, pemain berusia 31 tahun itu sebelum ini pernah beraksi untuk PDRM FC, Negeri Sembilan, Kelantan, Kedah dan yang terakhir bersama Penang FC. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram