Lupakan Bad dan Rizal, bek Selangor FC penyejuk hati Hijau Kuning


  • Podium
  • Isnin, 03 Jan 2022

RODNEY merupakan produk pasukan Belia Sarawak pada musim 2013, seterusnya mendaki status di pasukan Piala Presiden

PEMAIN pertahanan, Rodney Celvin Akwensivie sah kekal bersama pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) selepas status pinjamannya dari pasukan Selangor FC bersama skuad Hijau Kuning itu tamat November lepas.

Menurut media sosial Facebook KDC FC, pemain berusia 26 tahun yang berasal dari Sarawak itu kembali dengan status sebagai pemain berkontrak penuh selama dua tahun setelah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kedah, Khamal Idris Ali mengadakan rundingan bersama pihak Selangor sejak bulan Disember.

Dengan pengumuman itu, pasukan KDA FC di bawah bimbingan Aidil Sharin Sahak telah melengkapkan kuota 25 pemain tempatan bagi musim 2022, Rodney merupakan pemain tempatan baharu dan terakhir untuk musim baharu nanti.

Rodney merupakan produk pasukan Belia Sarawak pada musim 2013, seterusnya mendaki status di pasukan Piala Presiden dan mendapat kepercayaan Datuk Rajagopal sehingga disenaraikan dalam skuad utama Sarawak pada musim 2016.

Kelibat Rodney mula mendapat perhatian di peringkat kebangsaan dan mula mencuri perhatian Kelab Bolasepak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS FC), tahun berikutnya bersama Selangor FC sejak 2020 sebelum dipinjamkan kepada pasukan KDA FC musim lepas.

Rodney berhasil merekodkan 14 penampilan bersama Kedah pada musim lalu sebelum mengalami kecederaan tulang bahu di penghujung saingan Liga Super sekaligus menyaksikan dia terlepas peluang untuk beraksi dalam saingan Piala Malaysia 2021.

Reaksi peminat skuad itu sangat menyambut baik dengan pemilihan Rodney sebagai pemain KDA FC dan rata-ratanya memuji pengurusan KDA FC.

"Terbaik Kedah Darul Aman FC.Macam beginilah perancangan yang kita inginkan," komen pengguna Facebook, Hasbul Longparis.

"Hebat KDA. Pasukan yang dikatakan miskin itu lah yang ambil pemain cara baik. Tebus kontrak cek oiii. Pasukan yang dicanang kaya sembang lebih sahaja," kata, KEDAH REVO.

"Macam beginilah tepat pilihan pengurusan KDA FC. Tidak usah ingat lagi Bad dan Rizal. Pasukan KDA 2022 terbaik. Biar jasa jadi kenangan. Puluh Kedah Pulun," kata Amran Malau. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Kedah FC, Selangor FC, PKNS FC,