KL City cuba 'rampas' penjaga gol muda Perak


  • Podium
  • Sabtu, 01 Jan 2022

AZRI hampir dipanggil menggantikan Khairul Azhan Khalid pada saingan Piala Suzuki AFF baru-baru ini. — Facebook

PENYINGKIRAN Perak FC ke Liga Premier musim depan membuka jalan buat beberapa pemainnya berpindah ke kelab lebih baik.

Beberapa pemain seperti Adib Raop, Syamin Baharuddin, Rafiuddin Roddin, Syahir Bashah dan Hafizul Hakim antara yang melangkah keluar dari Perak.

Selain Hafizul, seorang lagi penjaga gol yang dijangka berhijrah adalah penjaga gol muda kebangsaan, Azri Ghani.

Kuala Lumpur City FC (KL City FC) difahamkan berminat untuk mendapatkan Azri sebagai penjaga gol kedua pasukan itu, selepas Khatul Anuar berpindah ke Penang FC.

Musim lalu, pemain berusia 22 tahun itu tampil dalam tujuh penampilan liga bersama Perak namun bolos 13 kali sepanjang tempoh tersebut. Dia turut hanya merekod satu 'clean sheets'.

Meskipun isu tunggakan gaji Perak dijangka selesai pada tahun depan, namun peluang bermain bersama KL City dan kembali beraksi di bawah bimbingan Bojan Hodak menjadi pertimbangan.

Hodak pernah membimbing Azri ketika jurulatih kelahiran Croatia itu mengendalikan skuad kebangsaan bawah-19 tahun (B-19).

Walaupun KL City memiliki penjaga gol import, Kevin Ray Mendoza, namun kehadiran Azri pada musim depan bakal memberi saingan di posisi tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Azri Ghani, Perak, KL City, Hodak,