JADUAL Piala Liga perlu dibatalkan supaya jadual perlawanan yang padat dalam bola sepak Inggeris dapat dikurangkan, cadang Pengurus sementara Manchester United, Ralf Rangnick.
Beliau turut menyatakan bahawa jadual perlawanan ketika ini semakin padat terutama padat menjelang perayaan Krismas dan sambutan tahun baru.
"Ia bertambah buruk dengan kehadiran impak varian Omicron Covid-19 yang memaksa beberapa perlawanan ditangguhkan.
"Sebagai contoh, disebabkan penularan Covid-19, Manchster United tidak beraksi sejak 11 Disember 2021, malah perlawanan bertemu Brentford dan Brighton terpaksa ditangguhkan," katanya.
Tambahnya, Ia adalah satu tradisi di England beraksi pada hari Boxing Day atau 27, malah 30 Disember atau 2 Januari.
The Red Devils dijangka kembali beraksi awal pagi Selasa bertemu Newcastle.
Kataya lagi, pada pandangannya, tradisi itu (Boxing Day) patut dihormati tetapi terdapat dua isu lagi yang hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini.
"England adalah satu-satunya dalam lima liga utama di Eropah yang beraksi dua saingan piala.
"Di Perancis, mereka memansuhkan salah satu piala setahun atau dua tahun lalu. Jadi England adalah satu-satunya negara yang beraksi untuk merebut dua piala," ujarnya.
Jelasnya lagi, pekara tersebut sepatutnya dibincangkan walaupun pada hakikatnya Piala Liga memberi peluang kepada pasukan divisyen ketiga dan keempat untuk meningkatkan situasi kewangan kelab.
Bagaimanapun, ia turut melibatkan jadual yang padat dan beraksi terlalu banyak perlawanan, maka ia perlu dibincangkan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram