Kurang ajar, penyokong Garuda pamer Jalur Gemilang terbalik


  • Podium
  • Ahad, 19 Dis 2021

TINDAKAN penokong Garuda itu seolah mencetus provokasi untuk membangkitkan kemarahan serta pergaduhan kedua-dua penyokong. — Facebook

PERTEMUAN antara Malaysia dan Indonesia dalam kejohanan Piala AFF Suzuki 2020 pada Ahad merupakan antara perlawanan yang mendebarkan buat skuad kebangsaan.

Bukan sahaja berdepan dengan musuh tradisi, perlawanan ini juga merupakan penentuan buat skuad kebangsaan untuk menempah slot ke separuh akhir kejohanan berprestij Asia Tenggara itu sekiranya Harimau Malaya berjaya meraih tiga mata penuh.

Bagaimanapun, dalam keterujaan menanti perlawanan yang akan berlangsung malam ini (Ahad), penyokong negara jiran sudah memulakan 'perang psikologi' dengan memuat naik gambar bendera Malaysia secara terbalik.

Perkara itu dikongsi oleh pemilik akaun laman sosial Facebook, Abe Idan, menerusi satu hantaran tentang iklan majlis menonton perlawanan kejohanan Piala AFF oleh penyokong skuad Indonesia, Ultras Garuda Sezione Semarang.

Dalam iklan itu jelas terpampang, bendera Jalur Gemilang dipamerkan secara terbalik dan ia disifatkan pemilik akaun yang juga peminat bola sepak kebangsaan sebagai satu tindakan yang tidak wajar dilakukan.

Katanya lagi, tindakan itu juga dianggap sebagai 'kurang ajar' dan pada masa sama menetus provokasi untuk membangkitkan kemarahan serta pergaduhan.

Selain Abe Idan, pengguna-pengguna di Facebook turut bersatu hati dan berang dengan tindakan peyokong Garuda tersebut.

Rata-rata mereka juga marah dan pada masa sama berharap agar pasukan Indonesia mendapat karma dan tewas di tangan Harimau Malaya pada perlawanan malam ini (Ahad). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram