Fadhil Idris ikut jejak Samuel Somerville, tinggalkan Penang FC


  • Podium
  • Isnin, 13 Dis 2021

FADHIL Idris mengikut jejak langkah Sommerville apabila dilaporkan meninggalkan Penang FC musim depan. — Bernama
PEMAIN tengah versatil, Fadhil Idris dikhabarkan tidak lagi bersama pasukan Penang FC meskipun hanya semusim bersama apabila difahamkan menyertai Melaka United pada musim depan.

melaka
TANGKAP layar hantaran wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam


Sebelum menyertai Penang FC pada 2021, Fadhil Idris pernah beraksi bersama pasukan senior Kelab Bola Sepak Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) pada 2016 hingga 2019 sebelum ke Felda United pada 2020.

Pemain berumur 25 tahun itu telah membuat 11 penampilan untuk Felda United di dalam saingan Liga Super dan Piala Malaysia 2020, selain membuat tujuh penampilan bersama pasukan Harimau Kumbang pada 2021.

Sebelum ini, penjaga gol skuad kebangsaan, Samuel Somerville dilaporkan turut meninggalkan Penang FC dan bakal menyertai Selangor bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Dengan kehadiran Fadhil Idris, Melaka United dilihat antara pencabar utama musim depan apabila turut menandatangani dua pemain dari Johor Darul Takzim (JDT) iaitu Syazwan Andik dan Fadhil Shas. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Fadhil Idris, Melaka United, Penang FC