BEKAS pertahanan skuad B23 negara, Syazwan Andik tidak kekal bersama Johor Darul Takzim musim depan.
Difahamkan rundingan sedang dilakukan bersama beberapa pasukan Liga Super antaranya Melaka United dan Sabah FC.
Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmy Zainal Azam, @zulhelmizainal1 menerusi ciapannya di laman sosial Twitter pada Khamis.
Turut difahamkan, Syazwan nekad untuk ke Melaka United atau Sabah FC untuk memburu minit permainan.
Syazwan menyertai semula JDT selepas menamatkan kontrak dengan Kuala Lumpur pada Januari 2019.
Pemain pertahanan skuad kebangsaan itu mengambil keputusan untuk menamatkan kontraknya dengan Kuala Lumpur berikutan masalah gaji yang tertunggak. — Majoriti
Menyusul...
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram