Olimpik pernah anjur pertandingan seni


  • Podium
  • Selasa, 07 Dis 2021

PERTANDINGAN seni pernah dianjurkan dalam sukan Olimpik pada 1912 hingga 1948. —The Star

TEMASYA Sukan Olimpik pada masa ini telah menjadi arena terbaik dunia untuk para atlet menguji ketabahan antara satu sama lain selama lebih seratus tahun.

Tetapi suatu ketika dahulu, ia pernah menganjurkan acara yang tiada kaitan dengan sukan.

Pada awalnya (dari 1912 hingga 1948), Olimpik menganugerahkan pingat untuk pertandingan seni.

Lebih daripada 150 pingat telah dianugerahkan sepanjang empat dekad ini, dalam lima kategori iaitu lukisan, arca, muzik, seni bina dan kesusasteraan.

Walter Winans dari Amerika memenangi pingat emas pertama untuk arca pada tahun 1912, untuk karya gangsa kudanya yang bertajuk 'An American Trotter'.

Winans juga meraih pingat perak untuk acara menembak tepat untuk kategorti sukan.

Semua karya untuk menyertai pertandingan seni ini harus diilhamkan daripada sukan.

Pertandingan seni diadakan buat kali terakhir dalam Sukan Olimpik pada 1948.

Artis Britain, John Copley menjadi penerima pingat Olimpik tertua pada usia 73 tahun apabila memenangi pingat perak dalam kategori Lukisan dan Ukiran untuk karyanya 'Pemain Polo' pada tahun itu.

Jika pertandingan seni masih kekal, sekurang-kurangnya dia akan menjadi pemenang pingat Olimpik tertua.

Memandangkan pertandingan seni tidak lagi diiktiraf hari ini, pemenang pingat sukan tertua rasmi ialah penembak Sweden, Oscar Swahn yang berusia 72 tahun ketika memenangi pingat perak dalam Sukan Olimpik 1920. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram