SKUAD badminton negara gagal menebus kekecewaan apabila tewas kepada Indonesia 0-3 ketika kedua-dua pasukan bertemu pada saingan suku akhir Piala Thomas di Aarhus, Denmark pada Jumaat.
Sebelum ini, Malaysia tewas 1-3 kepada Indonesia pada peringkat sama ketika edisi 2018 di Bangkok, Thailand.
Pada perlawanan pertama, pemain perseorangan pertama negara, Lee Zii Jia tewas straight set kepada pemain ranking nombor lima dunia, Anthony Sinisuka Ginting dengan 15-21, 17-21 dalam masa 51 minit.
Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020, Aaron Chia-Soh Wooi Yik turut tunduk kepada pasangan beregu nombor satu dunia, Kevin Sanjaya Sukamuljo-Marcus Gideon 17-21, 21-16, 15-21 dalam masa 63 minit.
Pemain ranking nombor 82 dunia, Ng Tze Yong terpaksa akur dengan kehebatan pemain ranking nombor tujuh dunia, Jonatan Christie apabila tewas 21-14, 19-21, 16-21.
Kali terakhir Malaysia memenangi Piala Thomas pada tahun 1992 di Kuala Lumpur. — Majoriti