PENGURUS interim Manchester United, Ralf Rangnick bakal menambah muka baharu dalam pasukan kejurulatihannya dalam tempoh beberapa hari lagi.
Ketika ini, pasukan kejurulatihannya masih dibarisi muka lama seperti Kieran McKenna, Mike Phelan dan Eric Ramsay.
Beliau juga tanpa berselindung mahu membawa masuk pilihan barisan kejurulatihannya yang tersendiri sewaktu menghadiri sidang media pertamanya bersama Man United baru-baru ini.
Menurut laporan media antarabangsa, Rangnick dijangka membawa masuk bekas pengurus New York Red Bulls dan Toronto FC, Chris Armas sebagai penolong pengurusnya.
Menurut wartawan bola sepak terkemuka, Fabrizio Romano, Armas akan menggantikan posisi yang ditinggalkan Michael Carrick.
Armas bukan individu asing buat Rangnick kerana kedua-duanya pernah bekerjasama sebelum ini.
Ketika Armas memegang tanggungjawab sebagai pengurus Red Bulls pada 2018 hingga 2020, Rangnick merupakan ketua sukan dan pembangunan kelab tersebut.
Selain Armas, Rangnick juga melantik ahli psikologi sukan, Sascha Lense ke dalam barisan kejurulatihannya di Man United. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram