Rangnick sudah ada pemain sasaran dibawa ke Man United


  • Podium
  • Selasa, 30 Nov 2021

RANGNICK sah dilantik sebagai pengurus interim Man United pada Isnin. — Reuters

PENGURUS interim Manchester United, Ralf Ragnick tidak menunggu lama untuk memulakan tugasnya apabila dilaporkan mahu membawa masuk pemain baharu ke kelab terbabit.

Man United ketika ini berdepan krisis pemain khususnya di barisan tengah bertahan.

Kelab itu terpaksa bergantung harapan kepada Fred dan Scott McTominay bermain di posisi tengah bertahan namun gandingan berkenaan sering kali gagal mematahkan serangan pihak lawan lalu kerap dibolosi.

Menurut laporan media antarabangsa, pemain RB Leipzig, Amadou Haidara menjadi sasaran utama Rangnick ketika ini.

Haidara dibawa masuk ke kelab terbabit sewaktu Rangnick menjadi pengurus. Pemain kebangsaan Mali itu mempunyai klausa pelepasan sebanyak 33 juta pound (RM186 juta).

Harga tersebut tidak menjadi satu masalah buat kelab sebesar Man United yang memiliki kedudukan kewangan kukuh.

Pemain berkenaan ketika ini hampir mencapai 100 penampilan bersama Leipziq. Musim ini, dia menjaringkan dua gol dalam 12 penampilan.

Perpindahan Haidara ke Man United bermakna pemain itu bakal digandingkan bersama pemain Belanda, Donny van de Beek. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram