PENGURUS interim Manchester United, Michael Carrick mengumumkan akan meninggalkan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu selepas menewaskan Arsenal 3-2 di Old Trafford pada awal pagi Khamis.
Bekas pemain tengah Man United itu, Carrick mengetuai The Red Devils sejak pemecatan Ole Gunnar Solskjaer bulan lalu sebelum Ralf Rangnick dari Jerman mengambil alih sebagai pengurus sementara sehingga akhir musim.
"Ia bukanlah satu keputusan yang mudah untuk dibuat tetapi saya rasa ia adalah keputusan yang tepat. Rasanya seperti masa yang tepat untuk saya melangkah pergi.
"Ia 100 peratus keputusan saya. Sepanjang minggu lepas saya sedar saya menghormati kelab dan pengurus yang datang nanti. Saya fikir ia adalah perkara yang betul untuk dilakukan untuk kelab dan untuk Ralf. Saya cukup gembira dengan itu," kata Carrick kepada portal Amazon Prime.
Carrick yang juga pemain antarabangsa England pernah memenangi lima kejuaraan EPL bersama Man United di bawah kendalian Alex Ferguson sebelum menyertai barisan kejurulatihan Jose Mourinho.
Dia menyertai barisan kejurulatihan skuad utama selepas bersara sebagai pemain pada 2018.
“Saya mempunyai masa yang hebat, kenangan yang hebat dan saya bangga dengan pemain sepanjang tiga perlawanan yang lalu.
"Saya hanya memberitahu mereka dan mereka agak terkejut dan agak beremosi di bilik persalinan. Bukan mudah untuk menjauhkannya daripada orang ramai tetapi saya mempunyai tugas yang perlu dilakukan," tambah Carrick.
Pengarah Bola Sepak Man United, John Murtough berkata, kelab itu sedih melihat dia pergi.
"Michael pergi dengan ucapan terima kasih yang tulus dan ucapan terbaik semua orang di Manchester United selepas 15 tahun berkhidmat dengan luar biasa kepada kelab sebagai pemain dan sebagai jurulatih. Walaupun kami sedih melihatnya pergi, kami menghormati dan memahami keputusan Michael," kata John. — Reuters

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram