Arif Aiman cipta sejarah ABK2021, JDT tepati ramalan


  • Podium
  • Sabtu, 04 Dis 2021

JDT menepati ramalan selepas menguasai Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2021 (ABK2021) dengan membolot tujuh kategori utama yang dipertandingkan pada edisi kali ini.

ARIF Aiman Mohd Hanapi melakar sejarah baharu dalam Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2021 (ABK2021) apabila menjadi pemain termuda membolot empat kategori termasuk anugerah tertinggi.

Baru berusia 19 tahun, Arif Aiman membolot empat anugerah iaitu pilihan Fan XI, Pemain Muda Terbaik, Penyerang Terbaik dan pengiktirafan paling tinggi, iaiu Most Valueble Player (MVP) bagi musim 2021.

Sebelum Safawi Rashid memegang rekod pemain paling muda memenangi anugerah itu pada 2018 ketika berusia 21 tahun.

Pemain JDT itu melengkapkan malam gemilang buat skuad Harimau Selatan yang menepati ramalan untuk mendominasi ABK2021 seperti tahun sebelumnya.

Penjaga gol kebangsaan Farizal Marlias dinobatkan selaku penjaga gol terbaik buat kali keenam selepas lima edisi terdahulu iaitu 2009, 2015, 2018, 2019 dan 2021.

Penguasaan JDT dalam ABK2021 diteruskan menerusi kemenangan Matthew Davies yang dianugerahkan pemain pertahanan terbaik selepas kali pertama memenanginya pada tahun 2017 bersama skuad Tok Gajah.

Selain itu, penyerang dari Brazil, Bergson da Silva meraih Kasut Emas menerusi ledakan 30 gol dalam semua pertandingan musim ini, malah kelab Harimau Selatan itu turut gah dengan gelaran Pasukan Terbaik.

Kuala Lumpur City (KL City) yang mencipta kejutan menjuarai Piala Malaysia sempena ulang tahun ke-100 turut cemerlang di pentas ABK21 apabila Bojan Hodak menerima Anugerah Jurulatih Terbaik mengatasi Benjamin Mora (JDT) dan Nafuzi Zain (Terengganu FC).

Pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan itu diumumkan dalam majlis secara virtual bertempat di Studio Spacelabs Technology, Bukit Jalil pada malam Sabtu.

Dalam majlis itu, pihak MFL turut menyampaikan anugerah kepada Penjaring Terbanyak Liga Super 2021, Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super 2021, Penjaring Terbanyak Liga Premier 2021 dan Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Premier 2021.

Berikut adalah senarai penuh dan lengkap keputusan pemenang untuk kategori-kategori yang dipertandingkan dalam ABK 2021 seperti yang diumumkan pada majlis kemuncak Anugerah ABK2021. — Majoriti

SENARAI ANUGERAH

Penjaga Gol Terbaik - Farizal Marlias (JDT)

Pertahanan Terbaik - Matthew Davies (JDT)

Pemain Tengah Terbaik - Baddrol Bakhtiar (Kedah FC)

Penyerang Terbaik - Arif Aiman Hanapi (JDT)

Jurulatih Terbaik - Bojan Hodak (KL City FC)

Pemain Muda Terbaik - Arif Aiman Hanapi (JDT)

Pemain Import Terbaik - Romel Morales (KL City FC)

Anugerah Kasut Emas - Bergson Da Silva (JDT)

Anugerah Pasukan Terbaik - Johor Darul Ta'zim (JDT) buat kali keempat2 berturut

Anugerah Khas Pemain Paling Bernilai (MVP) - Arif Aiman Hanapi (JDT)

Penjaring Terbanyak Liga Super 2021 - Ifedayo Omosuyi (26 gol) (Selangor FC)

Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super 2021 - Baddrol Bakhtiar (7 gol) (Kedah FC)

Penjaring Terbanyak Liga Premier 2021 - Fernando Rodriguez & Jordan Mintah (16 gol) (JDT II & Terengganu FC II)

Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Premier 2021 Nurshamil Abd Ghani (9 gol) (Kelantan FC)

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

MVP, ABK2021, Baddrol Bakhtiar, KDA FC, JDT, Sabah FC