Bermodalkan kod QR, penganggur ini akhirnya dapat kerja


  • Benua
  • Isnin, 29 Nov 2021

HAIDER melekatkan kod QR pada sebuah papan supaya orang ramai boleh melihat profil vitae kurikulum dan LinkedIn miliknya dengan mudah. — Agensi

SEORANG penganggur berjaya memperoleh temu duga selepas tiga jam mengiklankan dirinya di stesen Canary Wharf, London pada 23 November dengan cara yang unik.

Metik laporan MyLondon, pemuda itu juga mendapat pekerjaan pada hujung minggu ini.

Haider Malik, 24, mengambil keputusan untuk pergi ke bangunan yang sibuk itu pada awal pagi 2 November lalu dengan harapan untuk mendapatkan pekerjaan dalam bidang perbankan dan kewangan.

Pemegang ijazah sarjana muda kelas pertama dalam Perbankan dan Kewangan dari Universiti Middlesex itu cuba mendapatkan pekerjaan sejak awal pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, dia berasa sukar untuk menyerlahkan personalitinya menerusi panggilan temu duga yang dijalankan secara maya.

Haider kemudian membeli papan dari kedai alat tulis di Romford dan melekatkan kod QR padanya supaya orang ramai boleh melihat profil vitae kurikulum dan LinkedIn miliknya dengan mudah.

“Namun, pada lima atau 10 minit pertama di situ, saya berasa gementar kerana hanya berdiri di situ dengan tangan kosong.

“Saya tidak tahu apa yang sedang saya lakukan dan menganggap ia sangat janggal,” katanya.

Pemuda itu mula melemparkan senyuman dan berbual dengan orang awam yang sedang dalam perjalanan ke pejabat serta memberikan resume miliknya.

Selepas sejam, Haider menerima mesej yang memintanya untuk menghadiri temu duga bagi jawatan Penganalisis Perbendaharaan di Canary Wharf Group.

Beberapa hari kemudian, dia mendapat panggilan temu bual kedua dan ditawarkan pekerjaan tersebut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram