UMUM mengetahui bahawa tekanan berkait dengan pekerjaan bukanlah perkara biasa, namun yang lebih mengejutkan terdapat kajian yang mendapati bahawa stress berkerja boleh membunuh.
Hasil kajian itu diterbitkan dalam jurnal Sains Pengurusan menjelaskan bahawa tekanan yang berkait dengan pekerjaan menyumbang 120,000 kematian di Amerika Syarikat setiap tahun.
Ini adalah jumlah yang lebih besar yang disumbangkan oleh diabetes, Alzheimer atau influenza.
Para penyelidik mengkaji bagaimana tekanan berkaitan kerja boleh menyumbang kepada kadar kematian menggunakan nisbah kemungkinan.
Hasilnya mengejutkan, kerana terdapat lima tekanan berkaitan kerja yang menyebabkan kematian lebih tinggi daripada perokok pasif.
"Kami semakin kehilangan tumpuan kepada kemanusiaan.
“Semuanya kini mengenai kos. Bolehkah kita membayar untuk ini? Bolehkah kita membiayainya? Adakah sesuatu akan memberi kesan buruk kepada keadaan kewangan syarikat? Kita bercakap tentang manusia dan kualiti hidup mereka. Bagi saya sesuatu seperti ini patut diberi perhatian,"" kata salah seorang penyelidik, Pfeffer.
Kajian itu juga melihat kesan tekanan ini terhadap cara pekerja melihat kesihatan mental dan fizikal mereka, seperti cara mereka menangani diagnosis doktor terhadap aduan mereka.
Berikut adalah lima tekanan berkaitan kerja yang dikatakan punca kematian manusia.
1. Kawalan kerja yang rendah
Berada di bahagian bawah struktur hierarki syarikat boleh menyebabkan pekerja berasa mereka tidak mempunyai kawalan ke atas kerja dan kehidupan mereka.
Menurut hasil kajian, tekanan ini boleh meningkatkan risiko penyakit jantung.
2. Pengangguran
Kehilangan pekerjaan boleh memberi kesan yang sangat negatif kepada kesihatan manusia.
Keadaan ini boleh menggandakan peluang untuk mengalami kemurungan, dan mereka yang menganggur adalah 80 peratus lebih berkemungkinan menghidap masalah kesihatan.
Hasil negatif biasanya disebabkan oleh tekanan kewangan yang berpunca daripada kehilangan pendapatan serta kehilangan identiti sosial, kehilangan produktiviti sebagai pekerja dan pengasingan daripada rakan sekerja.
3. Tiada insurans kesihatan
Tidak mempunyai insurans kesihatan memberi kesan buruk kepada pekerja dalam dua cara menurut kajian itu.
Pertama, kerana anda tidak mempunyai insurans kesihatan, ia mewujudkan tekanan kewangan, yang boleh memudaratkan kesihatan anda.
Kedua, tanpa insurans kesihatan akan berlaku kelewatan rawatan jika ia adalah penyakit yang kritikal.
4. Waktu bekerja yang panjang dan melebihi masa yang munasabah
Pekerjaan yang memerlukan lebih masa dikaitkan dengan beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi dan beberapa masalah lain.
5. Konflik sekitar isu kerja dan keluarga
Kajian ini mentakrifkan konflik yang melibatkan keluarga dan pekerjaan sebagai, "apabila usaha seseorang untuk memenuhi tuntutan pekerjaannya bersilang dengan usahanya untuk memenuhi keperluan keluarganya atau sebaliknya."
Tekanan yang dikaitkan dengan ini boleh membawa kepada masalah kesihatan fizikal dan mental malah membawa kepada pergantungan alkohol dan kematian.— Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram