Wijnaldum patah balik ke EPL selepas enam bulan tinggalkan Liverpool


  • Podium
  • Sabtu, 27 Nov 2021

WIJNALDUM (kiri) hanya diletakkan di bangku simpanan dalam dua perlawanan terakhir PSG. — AFP

BEKAS pemain tengah Liverpool, Georginio Wijnaldum dikhabarkan bakal kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL), hanya enam bulan selepas menyertai Paris Saint-Germain.

Menurut laporan media antarabangsa, pemain Belanda itu gagal menempatkan dirinya dalam kesebelasan utama PSG di bawah kendalian Mauricio Pochettino musim ini, selepas hanya mampu melakukan penampilan penuh dalam tiga perlawanan.

Wijnaldum dilihat bermula baik di PSG apabila bermula dalam kesebelasan utama sewaktu beraksi dalam liga domestik dan menjaringkan dua gol ketika menentang RB Leipzig pada Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Bagaimanapun, sejak itu, Wijnaldum diletakkan di bangku simpanan dalam dua perlawanan terakhir PSG dan spekulasi mula tercetus tentang dia akan kembali ke England.

Wujud laporan bahawa Newcastle United antara kelab yang berminat untuk menandatangani semula Wijnaldum, meskipun PSG menegaskan pemain tersebut bukan untuk dijual.

Wijnaldum tidak asing bagi Newcastle apabila pernah beraksi bersama The Magpies dan meledak 11 gol liga untuk kelab itu sebelum berpindah ke Liverpool pada 2016.

Selain itu, pemain tersebut turut mengakui cabaran yang dihadapi ketika berpindah ke PSG.

"Saya hanya bekerja keras sebaik mungkin dan mengubah beberapa perkara. Saya masih belajar dengan pengurus," katanya menerusi laman web PSG awal November lalu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram