MICHAEL Carrick akan membimbing Manchester United buat kali pertama sebagai pengurus sementara dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Chelsea pada Ahad.
Ini merupakan perlawanan terakhir Man United di bawah bimbingan Carrick sebelum diambil alih oleh pengurus sementara, Ralf Rangnick.
Carrick berjaya melepasi ujian pertamanya selepas menang menentang Villareal pada saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) baru-baru ini.
Kemenangan tersebut merupakan suntikan moral buat Man United yang sebelum itu dimalukan oleh Watford 1-4 dalam saingan EPL.
Rangnick pula terpaksa bersabar buat seketika kerana masih belum pemperoleh permit kerja untuk mengendalikan Man United semasa berdepan Chelsea.
Ini merupakan kemungkinan barisan kesebelasan utama Man United menentang Chelsea:
1. Penjaga gol & Pertahanan
David De Gea (GK) - Konsistensi yang ditonjolkan oleh De Gea kian ketara musim ini. Beberapa kali menyelamatkan gawang Man United daripada dibolosi
Aaron Wan Bissaka (RB) - Masih tiada persaingan untuk posisi ini. Era Rangnick mungkin akan memberikan dimensi baharu kepada Wan Bissaka dalam tempoh beberapa minggu.
Eric Bailly (CB) - Penggantungan Harry Maguire memberikan Bailly peluang untuk bermula buat kali kedua dalam liga musim ini.
Victor Lindelof (CB) - Kecederaan Raphael Varane terus memberi ruang kepadanya untuk beraksi dalam kesebelasan utama.
Alex Telles (LB) - Kecederaan kepala dialami Luke Shaw turut membuka peluang kepada Telles.
DE GEA menunjukkan konsistensi yang baik pada musim ini. — Reuters
2. Pemain tengah
Scott McTominay (CM) - Dia sering dilihat mampu beraksi baik dalam perlawanan besar. Prestasinya bagaimanapun sedikit merudum selepas menjalani pembedahan pada musim panas lalu.
Donny van de Beek (CM) - Kesukaran untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama di bawah bekas pengurus, Ole Gunnar Solskjaer mencetuskan spekulasi masa depan van de Beek. Ini adalah peluang terbaik untuk membuktikan kemampuannya.
Bruno Fernandes (AM) - Agak bergelut untuk mencapai prestasi terbaiknya. Fernandes berkemungkinan mampu menyesuaikan diri dengan taktikal yang bakal diterapkan oleh Rangnick kelak.
VAN de Beek (dua dari kanan) berkemungkinan bermula dalam kesebelasan utama menentang Chelsea. — AFP
3. Penyerang
Jadon Sancho (RW) - Mula mendapatkan semula keyakinannya ketika turun beraksi dan berjaya menjaringkan gol pertamanya untuk Man United sewaktu menentang Villareal.
Cristiano Ronaldo (ST) - Walaupun memiliki rekod jaringan yang baik dalam UCL, Ronaldo hanya menjaringkan satu gol dalam tujuh perlawanan liga.
Marcus Rashford (LW) - Mempunyai rekod baik ketika menentang Chelsea dan sesetengah jaringan terbaiknya bersama Man United adalah ketika bertemu Chelsea.
SANCHO (kiri) kembali mendapat rentak pada perlawanan menentang Villareal tempoh hari. — AP
Man United tentunya mahu menamatkan mimpi buruk mereka dalam EPL pada Ahad.
Sekiranya Man United gagal meraih kemenangan menentang Chelsea, tugas pengurus seterusnya adalah memastikan kelab itu kembali ke landasan sekiranya mahu beraksi dalam UCL musim depan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram