
PEMAIN skuasy wanita muda negara, Aifa Azman mencipta kejutan apabila memenangi kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia pada Sabtu.
Pemain 'wildcard' berusia 20 tahun itu mengejutkan pemain nombor 8 dunia dan pilihan utama kejohanan, Salma Hany dari Mesir 12-10, 11-8, 11-4 di Pusat Skuasy Negara di Bukit Jalil.
Aifa berjuang bermati-matian dalam dua set pertama tetapi menunjukkan ketenangan dan persembahan yang hebat pada set ketiga, memenangi gelaran PSA ke-11nya.
Pemain nombor 69 dunia itu adalah pemain tempatan kelima memenangi gelaran wanita Terbuka Malaysia selepas Low Wee Wern, Rachel Arnold, S. Sivasangari dan Datuk Nicol David. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram