Penyokong Kedah bagi sebab Baddrol perlu pindah


  • Podium
  • Isnin, 22 Nov 2021

BADDROL yang kini berusia 33 tahun, sudah menjaringkan 120 gol sepanjang penampilan bersama Kedah sejak menyertai skuad itu pada 2006.

KAPTEN Kedah Darul Aman (KDA) FC, Baddrol Bakthiar seakan-akan sudah pasti ke Sabah FC untuk bergabung kembali bersama bekas jurulatih kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee.

Baddrol sebelum ini pernah dibimbing di bawah Kim Swee ketika menyertai skuad kebangsaan.

Sejak Ahad, media tempatan melaporkan spekulasi bahawa pemain berusia 33 tahun itu akan berhijrah ke Sabah FC selepas 15 tahun berbakti bersama skuad Helang Merah.

Malah status InstaStory yang dimuat naik oleh Baddrol pada Ahad menguatkan lagi spekulasi bahawa dia akan mengangkat kaki meninggalkan Darul Aman.

Bagaimanapun, berita perpindahannya ke kelab lain ternyata mendapat respon yang berbeza daripada peminat penyokong Kedah berdasarkan komen di laman Facebook The Red Eagle - Helang Merah.

Komen Badd

Antara komen penyokong Kedah terhadap berita perpindahan Baddrol.

Walaupun ada yang berduka seandainya benar Baddrol berpindah ke Borneo tetapi ada juga yang menyifatkan pemergiannya itu dapat membuka peluang kepada pemain muda Kedah untuk menyinar.

Ahmad Sobri Ismail dalam komennya berkata," Cantik bad, selamat berhijrah.. sudah smpai masa budak2 baru up pula."

Az Mi dalam komennya,"Pindah la,dah hujung karier. Lama sangat dah berbakti dengan Kedah. Bagi muka baru pula naik."

Selain itu, ada juga yang berpendapat perpindahan Baddrol dapat menampung perbelanjaan gaji untuk beberapa pemain muda yang baharu.

Menurut laporan portal SemuanyaBola, Baddrol menerima gaji RM77,000 sebulan pada 2018 dan jumlah itu mungkin lebih tinggi pada hari ini.

Fathol Mubin berpendapat," Gaji Bad (Baddrol) boleh bedak (tampung) 5 untuk pemain muda anak jati kedah....kongsi rezeki kan baguih (bagus)."

Baddrol yang kini berusia 33 tahun, sudah menjaringkan 120 gol sepanjang penampilan bersama Kedah sejak menyertai skuad itu pada 2006.

Pemain kelahiran Sarawak itu sudah merangkul banyak kejuaraan bersama Kedah termasuk tiga kali gelaran Liga Super, empat Piala FA, tiga Piala Malaysia, dua piala Premier dan satu Piala Sumbangsih. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram