Status Instagram Baddrol cetus tanda tanya


  • Podium
  • Isnin, 22 Nov 2021

BADDROL beraksi bersama skuad Kedah sejak 2006.

SPEKULASI bintang Kedah Darul Aman (KDA) FC, Baddrol Bakhtiar akan berhijrah ke Sabah FC semakin kuat apabila kapten Helang Merah itu memuat naik status di media sosialnya yang mencetuskan tanda tanya.

Semalam, Baddrol memuat naik InstaStory dengan kapsyen OKS_HARIMAUMSI, KENANGAN 2011 bersama gambar barisan pemain skuad Harimau Malaya yang menyertai kejohanan Sukan SEA 2011 di Indonesia.

Skuad negara ketika itu dikendalikan oleh jurulatih Datuk Ong Kim Swee yang kini membimbing pasukan Sabah FC.

Pada Sukan SEA 2011, Malaysia merangkul pingat emas dalam acara bola sepak selepas menewaskan tuan rumah, Indonesia.

Badrol

Status InstaStory yang dimuat naik Baddrol pada Ahad.

Antara pemain lain bersama skuad itu termasuk penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat yang juga dikaitkan dengan perpindahan ke Sabah FC, sekali gus beraksi semula di bawah kendalian Kim Swee.

Baddrol yang kini berusia 33 tahun, sudah menjaringkan 120 gol sepanjang penampilan bersama Kedah sejak menyertai skuad itu pada 2006.

Pemain kelahiran Sarawak itu sudah merangkul banyak kejuaraan bersama Kedah termasuk tiga kali gelaran Liga Super, empat Piala FA, tiga Piala Malaysia, dua piala Premier dan satu Piala Sumbangsih. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram