Solskjaer sah dipecat, siapa penggantinya?


  • Podium
  • Ahad, 21 Nov 2021

JODOH Solskjaer bersama Man United berakhir selepas kelab itu hanya menang sekali daripada enam perlawanan liga terakhir. — AP

OLE Gunnar Solskjaer sah dipecat selepas Manchester United terus mempamerkan aksi longlai mereka apabila tewas 1-4 kepada Watford dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Sabtu.

Sejurus tamat perlawanan berkenaan, ahli Lembaga Pengarah Man United mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan masa depan Solskjaer.

Solskjaer dikatakan bakal menerima 7.5 juta pound (RM42.2 juta) wang pampasan selepas dipecat.

Pengarah Teknikal Man United, Darren Fletcher dilaporkan bakal menjadi pengurus interim sehingga pengganti Solskjaer diumumkan.

Zinedine Zidane atau pengurus Leicester City antara nama yang kian hangat diperkatakan bakal menggantikan Solskjaer dalam tempoh beberapa jam lalu.

Meskipun menandatangani beberapa pemain terkemuka seperti Raphael Varane, Cristiano Ronaldo dan Jadon Sancho pada musim ini, Man United kelihatan terumbang-ambing apabila hanya mampu mencatatkan satu kemenangan dalam enam perlawanan EPL terakhir.

"Kami tahu kami berada dalam situasi yang buruk tetapi itulah bola sepak dan saya tahu mereka akan menyokong sesiapa sahaja yang berada di atas padang setiap hari dan kadang-kala anda perlu meminta maaf.

"Saya bekerja untuk dan bersama kelab serta saya melakukannya selama 18 tahun.

"Keputusan tidak cukup baik. Kami melalui 30 perlawanan tanpa kalah di tempat lawan dan kini kalah dua perlawanan serta bolos empat gol dalam kedua-dua perlawanan berkenaan, jadi sudah tentunya sesuatu tidak kena," ujar Solskjaer selepas tamat perlawanan pada Sabtu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Solskjaer, Manchester United, EPL, Zidane, Rodgers