PAUL Merson mendakwa, bintang pertahanan tengah Liverpool, Virgil van Dijk tidak cergas sepenuhnya menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Arsenal di Anfield awal pagi Ahad (pukul 1.30 pagi waktu Malaysia).
Legenda Arsenal itu percaya, Van Dijk tidak bermain seperti biasa sepanjang musim ini.
Merson yang kini pundit saluran berita sukan Sky Sports menegaskan bahawa Liverpool sering terperangkap dan melepaskan terlalu banyak gol sejak kebelakangan ini.
“Saya tidak fikir Virgil Van Dijk cergas sepenuhnya.
"Dia tidak boleh bermain seperti biasa sehingga menyebabkan Liverpool sering melepaskan gol. Mereka sering terperangkap," katanya dalam kolum Daily Star.
Untuk rekod, gawang The Reds sudah dibolosi sebanyak 11 kali dalam 11 perlawanan musim ini.
Namun, anak-anak buah Jurgen Klopp hanya tewas sekali setakat ini apabila dijinakkan West Ham United dengan kekalahan 2-3. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram