BOS baharu Aston Villa, Steven Gerrard tidak menunggu lama untuk menguatkuasakan peraturan baharu dalam skuadnya apabila mengharamkan sos tomato dalam diet pemain.
Ini kerana, Gerrard percaya ia dapat memberi kesan terhadap tahap kesihatan dan kecergasan pemainnya.
"Ia diharamkan sebelum saya melihatnya! Pemain perlu mempunyai mentaliti yang betul. Mereka harus berusaha lebih untuk menjadi elit," katanya.
Namun, bekas pemain Liverpool itu bukanlah pengurus pertama yang mengimplementasi undang-undang 'pelik' seperti itu.
Pengurus Tottenham Hotspur, Antonio Conte turut melakukan perkara yang sama selepas dilantik,apabila mengharamkan jus buah kerana mendakwa tidak berpuas hati dengan peningkatan berat beberapa pemain.
Selain itu, beberapa jurulatih lain seperti Fabio Capello dan Paulo Di Canio juga sebelum ini juga pernah mengharamkan sos tomato kerana mendakwa ia menyumbang kepada tahap kecergasan yang lemah.
Gerrard bakal menghadapi ujian pertamanya bersama Villa pada Sabtu apabila melayan kunjungan Brighton dalam aksi Liga Perdana Inggeris. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram